IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Antara matlamat utama IKRAM ialah menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat. IKRAM melalui aktiviti-aktiviti dakwahnya bermatlamat untuk mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia,meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam , memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta
membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan
kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama
IKRAM juga berperanan sebagai sebuah badan NGO (non-goverment organization) untuk memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka serta menegakkan syariat Islam secara praktikal.
Sayap Wanita IKRAM ditubuhkan untuk:
- Menggembleng tenaga wanita untuk mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.
- Memperjuangkan isu-isu wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syarak.
- Membangun potensi dan kepimpinan wanita yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.
- Membolehkan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, manfaat pembangunan dan sumber-sumber di antara wanita dan lelaki.
- Mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam
- Memainkan peranan efektif dalam membina keluarga du`at.
- Mewujudkan wacana, menjalin hubungan dan membina gabungan di kalangan pertubuhan wanita dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita.
Sayap Wanita IKRAM Terengganu mempunyai inspirasi untuk menjadi sebuah medan yang mampu untuk mengambil peduli permasalahan ummah terutamanya kaum wanita di Terengganu. Kami juga berhasrat untuk menjadi barisan utama yang memperjuangkan isu-isu wanita berlandaskan pandangan syarak di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa ke arah membentuk pemikiran
masyarakat serta menjadi sumber rujukan awam untuk isu wanita.